Friday, 4 October 2013

20% ilmu digunakan masa kerja, lagi 80% nak simpan mana??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Islam sampai ke Asia melalui hubungan dagang pedagang-pedagang zaman dahulu..Jadi maksud di sini, sambil-sambil kita berniaga kita boleh sebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat sama ada berkaitan dengan bisnes kita atau maklumat terkini, boleh berdakwah dan pelbagai aktiviti kita boleh teruskan..Itulah kemanisan berniaga.

Selepas mengikuti seminar Dr Azizan Osman, Intensif Jutawan Industri (IJI), baru saya sedar banyak manfaat jike kita berniaga sendiri berbanding bekerja dengan orang. Saya rasa semua muslim tahu 9/10 rezeki daripada perniagaan.Tapi mendapatkan keuntungan semata-mata bukanlah matlamat terbaik dalam perniagaan. Sebenarnya banyak lagi misi yang tersirat yang perlu kita lakukan.

Pada 28 Oktober 2013, merupakan tarikh saya konvo di UPM..Rasa tidak sabar menanti saat itu, sebab setelah empat tahun berhempas pulas belajar perniagaan, walau bagaimanapun saya rasa tidak bermakna ijazah itu..Yelah, malu kot kalo kita sudah mengistiharkan pada kawan2, tak nak kerja lepas habis study nie, tapi nak berniaga terus..Nak xnak kene teruskanlah niat di hati tu..

Kadang-kadang bila berbual dengan mak, ada juga kongsi niat di hati.

Saya: Mak, angah rasa lepas habis belajar xnak kejelah, nak wat bisnes terus..

Mak: Kejelah dulu, kumpul duit, cari pengalaman..pas tu br berniaga..

Itulah jawapan mak saya bila cakap pasal tu, biasalah sape yg xnak menang kalo bercakap, kdng2 sampai mak merajuk bila sy bgtau dh tekad xnak keje n blablabla..

Maafkn angah mak, angah bukan sengaja nak lukakan hati mak, tapi inilah hakikatnya zaman sekrang memang susah nak cari kerja..daripada pengalaman sepupu dan kawan2, ramai yang bekerja tapi lari bidang dengan apa yang diorang belajar..saya  rasa tiada guna juga, belajar tinggi2 untuk dapatkan ilmu tapi xamalkan ilmu itu..rugi sangat2, lagi pun daripada info yg sy tahu, di tempat kerja hanya 20% sahaja ilmu yg kita guna semasa belajar, so lagi 80% ilmu nak wat apa kn??
 
Inilah masanya, gunakan ilmu-ilmu di dada yang bertahun-tahun kita belajar untuk membuat perniagaan..Sebagai contoh, jika anda mengambil bidang farmasi, bolehlah buka kedai ubat atau farmasi di luar sana..Kita juga boleh gunakan kelebihan dalam diri masing-masing untuk memberi manfaat kepada masyarakat..Jangan terlalu mengharapkan kerja, sebab zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu..Dulu keje yang cari kita, belum habis belajar lagi kerja sudah menanti, tapi sekarang.....anda fikir-fikirkanlah sendiri. Sesiapa yang mengambil jurusan perniagaan tu, teruskanlah berniaga, saya yakin anda ada passion dan kelebihan yang sangat hebat, keluarkanlah singa dalam diri anda!!! Tak kan nak simpan je..bagi peluang sesiapa yang tidak ada ilmu bisnes untuk bekerja..

Kalau bukan kita yang memulakan dahulu, siapa lagi..Kukuhkanlah ekonomi diri, keluarga dan ummah dengan berniaga..Sabda RAsulullah  SAW " Sebaik-baik usaha untuk mendapat rezeki adalah bekerja dengan tangan sendiri (iaitu menjadi usahawan) sumber  buku magnet kekayaan & kejayaan Dr azizan Osman.

Kepakaran saya ialah berkongsi cara-cara bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan mudah, cepat bagaikan roket tanpa berfikir panjang bisnes apa yang hendak dibuat dengan modal yang rendah. Sila  SMS @ hubungi saya di talian 013-3735790 untuk maklumat lanjut, atau boleh layari facebook https://www.facebook.com/nor.fadilah.18 dan facebook pages https://www.facebook.com/PutuMayamKeluargaPmk


Anda kaya dan Berjaya, jumpa lagi akan datang insha Allah..kalau berbisnes tidaklah terkeluar belon warna-warni seperti di bawah ini..^_^


1 comment: