Alhamdulilah terima kasih Ya Allah kerana masih beri kesempatan untuk meneruskan hidup di bumi ini. Terima kasih ya Allah di atas segala nikmat iman & islam, udara, kesempurnaan fizikal, rezeki dan segala-galanya.
Aku malu Ya Allah,
Terlalu banyak pemberian yang diberi, tetapi aku masih tidak sedar dengan segala nikmat daripada-Mu.
Aku malu Ya Allah,
Setiap hari aku menadah tangan memohon sesuatu daripada-mu, tetapi aku masih tidak dapat mengikut arahan perintah dari-Mu.
Aku malu ya Allah,
kerana walaupun sudah bertaubat, tetapi masih melakukan dosa-dosa yang sama,
Aku malu ya Allah,
aku berjanji untuk tidak melakukan dosa, tetapi janji hanya tinggal janji masih melakukan dosa-dosa lama walaupun dosa kecil.
Aku malu ya Allah,
ampunkan kesalahan dan dosa-dosa aku ini.
Aku hanya insan yang kerdil lagi hina, berilah aku peluang untuk memperbaiki diri,
supaya menjadi lebih baik, dapat menyediakan bekalan untuk dibawa ke akhirat sana.
Berilah aku peluang untuk memperbaiki hubungan dengan-Mu, dan orang di sekeliling terutama keluargaku,
Aku sayang mereka ya Allah dan berilah aku peluang untuk mencintaimu dan Nabi Muhamad daripada segala-galanya..
Aku takut untuk ke neraka-Mu tapi adakah aku layak untuk ke syurga-Mu.
Ya Allah ampunkan dosaku..
https://www.facebook.com/PutuMayamKeluargaPmk
Sunday, 3 November 2013
Friday, 1 November 2013
Raqib Majid ft UNIC - Bintang Syurga
Assalamualaikum..dah lama tak update, maklumlah sibuk sikit dengan hari konvokesyen + demam..alhamdulilah sekarang dah baik,jom layan lagu baru daripada UNIC feat Raqib Majid..
http://www.youtube.com/v/rbDeDzUEEGA?version=3&autohide=1&feature=share&autohide=1&showinfo=1&attribution_tag=9TIfnRaN-kqx4QcA60N_Vw&autoplay=1
http://www.youtube.com/v/rbDeDzUEEGA?version=3&autohide=1&feature=share&autohide=1&showinfo=1&attribution_tag=9TIfnRaN-kqx4QcA60N_Vw&autoplay=1
Subscribe to:
Posts (Atom)