Monday, 7 October 2013

Malulah nak mengaku ada ijazah!!

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua..

 

Ini kali kedua saya taip perkongsian ini, first taip tadi dah hilang..maklumlah notebook lama, tiba-tiba hang dan terus hilang..sabar jelah pasti ada hikmahnya, sambil-sambil tu boleh dengar motivasi kat radio ikim ini..

 

Post kali ini, saya hendak luahkan perasaan di hati je..sudikah korang menjadi pendengar @ pembaca yang setia?? Saya baru tamatkan pelajaran pada bulan 6 tahun ini..28 oktober ini merupakan tarikh saya konvo..Mula-mula memang rasa tak sabar, yelah selama empat tahun berhempas-pulas belajar, siapa yang tak nak berdiri di atas pentas amik ijazah kan??

 

Tapi sekarang rasa layak ke aku konvo dan dapatkan ijazah tu..Yelah dulu belajar main-main, baca buku masa hendak periksa je, lepas periksa lupa terus ilmu tu..Sekarang nie pun rasanya 5% je ilmu yang tinggal di dada, ilmu yang lain semua sudah lupa..Ya Allah teruk

nya aku nie, sangat memalukan.. Kawan2 jangan jadi macam saya ye, belajar betul-betul..

 

Malulah nak mengaku ada ijazah dalam bidang perniagaan, kenapa?? Mai dekat2 saya nak bisik.huhu..terus terang jelah, ilmu yang saya belajar di u, saya langsung tidak tahu hendak aplikasikan dalam perniagaan sebab semua tu teori semata..Alhamdulilah, sebelum habis belajar lagi saya dah tersedar sangat penting back up plan..Sekarang saya uruskan busines family..

 

Saya juga sangat bersyukur kerana berjumpa dengan mentor kesayangan saya dr Azizan Osman..alhamdulilah minggu lepas dapat menghadiri seminar intensif jutawan industri, banyak sangat ilmu2 praktikal yang saya dapat dan sekarang tengah aplikasikan dalam business kami..Saya yakin kehidupan saya akan berubah dan busines family ini akan meletup-letup tidak lama lagi..doakan kami ye..

 

Dulu rasa malu, bila orang tanya nak kerja apa lepas ini??  Malu sangat dan tidak yakin nak cakap saya 'tak nak kerja tapi nak buat busines"..cakap jelah kalau ada rezeki, kejelah.. Sepatutnya kenelah yakin dan bangga bagitahu nak berniaga..Itu kan sunnah rasulullah..Jom sambil2 tu kita berselawat pada nabi Muhammad SAW. Kadang2 orang cakap juga, kenapa belajar tinggi2 tapi tak nak kerja..P.cik dan m.cik2 tak tahu zaman sekarang sangat payah untuk dapatkan kerja, kadang2 lari bidang plak tu..

 

Tapi sekarang, rasa malu nak istiharkan saya dah ada ijazah..sebab apa yang saya ada sekarang hanya sehelai sijil ijazah..kalau direntukkan akan jadi sampah je ijazah tu..Moral of the story, janganlah kita berbangga dengan apa yang kita ada..Jom kita fikir2kan apa yang kita hendak sumbangkan kepada ummah di luar sana sebagai bekalan di akhirat nanti..Orang yang Berjaya, adalah orang yang menambah nilai pada orang lain, bukan orang yang suka menilai orang lain..

 

Terima kasih selagi lagi sebab sudi membaca luahan hati dan saya memohon maaf jika ada sesiapa yang terasa..memang tiada niat untuk kenekan seseiapa..siapa yang ada akaun facebook boleh lah kita berkawan https://www.facebook.com/nor.fadilah.18..

 

oklah kita jumpa lagi akan dating.^_^

No comments:

Post a Comment