Alhamdulilah terima kasih Ya Allah kerana masih beri kesempatan untuk meneruskan hidup di bumi ini. Terima kasih ya Allah di atas segala nikmat iman & islam, udara, kesempurnaan fizikal, rezeki dan segala-galanya.
Aku malu Ya Allah,
Terlalu banyak pemberian yang diberi, tetapi aku masih tidak sedar dengan segala nikmat daripada-Mu.
Aku malu Ya Allah,
Setiap hari aku menadah tangan memohon sesuatu daripada-mu, tetapi aku masih tidak dapat mengikut arahan perintah dari-Mu.
Aku malu ya Allah,
kerana walaupun sudah bertaubat, tetapi masih melakukan dosa-dosa yang sama,
Aku malu ya Allah,
aku berjanji untuk tidak melakukan dosa, tetapi janji hanya tinggal janji masih melakukan dosa-dosa lama walaupun dosa kecil.
Aku malu ya Allah,
ampunkan kesalahan dan dosa-dosa aku ini.
Aku hanya insan yang kerdil lagi hina, berilah aku peluang untuk memperbaiki diri,
supaya menjadi lebih baik, dapat menyediakan bekalan untuk dibawa ke akhirat sana.
Berilah aku peluang untuk memperbaiki hubungan dengan-Mu, dan orang di sekeliling terutama keluargaku,
Aku sayang mereka ya Allah dan berilah aku peluang untuk mencintaimu dan Nabi Muhamad daripada segala-galanya..
Aku takut untuk ke neraka-Mu tapi adakah aku layak untuk ke syurga-Mu.
Ya Allah ampunkan dosaku..
https://www.facebook.com/PutuMayamKeluargaPmk
Sunday, 3 November 2013
Friday, 1 November 2013
Raqib Majid ft UNIC - Bintang Syurga
Assalamualaikum..dah lama tak update, maklumlah sibuk sikit dengan hari konvokesyen + demam..alhamdulilah sekarang dah baik,jom layan lagu baru daripada UNIC feat Raqib Majid..
http://www.youtube.com/v/rbDeDzUEEGA?version=3&autohide=1&feature=share&autohide=1&showinfo=1&attribution_tag=9TIfnRaN-kqx4QcA60N_Vw&autoplay=1
http://www.youtube.com/v/rbDeDzUEEGA?version=3&autohide=1&feature=share&autohide=1&showinfo=1&attribution_tag=9TIfnRaN-kqx4QcA60N_Vw&autoplay=1
Monday, 14 October 2013
Respi Putu Mayam Percuma
Bahan-bahan:
1) Tepung beras
2) Garam
3) Air jarang dan air suam
4) Kelapa yang telah diparut
5) Gula melaka atau gula perang
Peralatan:
1) Pencetak putu mayam
2) Periuk kukus
3) Mesin adun(kalau tiada guna tangan je)
4) Penapis
Di bawah nie ada peralatan2 yang diperlukan, tapi gambar pengadun tak ada pula, lupa nak snap..sory2..anda boleh guna pencetak yang selesa dengan anda, ada pencetak kayu,plastik atau lain2 yang boleh jadi bentuk putu mayam..
Senang sahaja kan untuk dapatkan bahan dan peralatan nie, saya
rasa semua bahan-bahan nie sudah ada di rumah anda semua..
Jom teruskan dengan:-
Langkah pertama:
Gaulkan tepung beras dan air jarang (tidak panas dan sejuk)..
1 bungkus tepung =500 gram+ air 100ml
Inilah jadinya bila tepung sudah bercampur dengan air, tepungnya berketul2 kecil..
Langkah kedua:
Ayak tepung yang telah dicampurkan air tadi sebab ia
berketul-ketul..
Langkah ketiga:
Kukus tepung yang telah dicampur air tadi sehingga ia masak..Nak
tahu dah masak belum, guna sudu rasa tepung tu, kalau rasa dah keras sikit dan
tak lerai macam sebelum dikukus, masaklah tu..dalam 10 minit lah.
Langkah keempat:
Tunggu tepung tu jadi suam atau sejuk sikit, campurkan dengan air
suam + garam secukup rasa dan adun sampai jadi doh..kalau keras tambah air
sampai jadi lembut.lebih kurang macam tepung nak buat karipap atau donat,
jangan terlalu keras nanti penat nak cetak..
Langkah kelima:
Cetak tepung tadi dengan pencetak putu mayam di dalam periuk
kukus, kemudian kukuslah sehingga masak..dalam 10-15 minit..
Siap untuk dimakan..:)
Selain gula, putu mayam nie boleh dimakan dengan pelbagai lauk,
seperti kari, gula durian dan sebagainya..
Ia juga boleh digantikan dengan nasi, siapa yang nak diet, tak nak
makan nasi kan..
Inilah hasilnya:-
Thursday, 10 October 2013
Hukum Karm
assalamualaikum..
Hukum karma, itulah hukum yang berlaku dalam hidup ini..Apa yang kita buat kat orang sama ada baik atau tidak kita akan terima balasannya..tidak kiralah sesiapa yang membalas perbuatan kita sama ada orang yang kita kenal atau tidak..
Pernahlah apa yang berlaku pada saya sendiri, memang ia menyakitkan walaupun bukan luka fizikal tetapi hanya luka dalam hati..Dulu masa zaman2 sekolah selalu juga buat adik beradik sakit hati, dengki-mendengki..sekarang dah terima balasannya..Oleh sebab itu, saya tak hendak apa yang berlaku pada diri sy berlaku pada orang2 yang saya sayangi..

Monday, 7 October 2013
Malulah nak mengaku ada ijazah!!
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua..
Ini kali kedua saya taip perkongsian ini, first taip tadi dah hilang..maklumlah notebook lama, tiba-tiba hang dan terus hilang..sabar jelah pasti ada hikmahnya, sambil-sambil tu boleh dengar motivasi kat radio ikim ini..
Post kali ini, saya hendak luahkan perasaan di hati je..sudikah korang menjadi pendengar @ pembaca yang setia?? Saya baru tamatkan pelajaran pada bulan 6 tahun ini..28 oktober ini merupakan tarikh saya konvo..Mula-mula memang rasa tak sabar, yelah selama empat tahun berhempas-pulas belajar, siapa yang tak nak berdiri di atas pentas amik ijazah kan??
Tapi sekarang rasa layak ke aku konvo dan dapatkan ijazah tu..Yelah dulu belajar main-main, baca buku masa hendak periksa je, lepas periksa lupa terus ilmu tu..Sekarang nie pun rasanya 5% je ilmu yang tinggal di dada, ilmu yang lain semua sudah lupa..Ya Allah teruk
nya aku nie, sangat memalukan.. Kawan2 jangan jadi macam saya ye, belajar betul-betul..
Malulah nak mengaku ada ijazah dalam bidang perniagaan, kenapa?? Mai dekat2 saya nak bisik.huhu..terus terang jelah, ilmu yang saya belajar di u, saya langsung tidak tahu hendak aplikasikan dalam perniagaan sebab semua tu teori semata..Alhamdulilah, sebelum habis belajar lagi saya dah tersedar sangat penting back up plan..Sekarang saya uruskan busines family..
Saya juga sangat bersyukur kerana berjumpa dengan mentor kesayangan saya dr Azizan Osman..alhamdulilah minggu lepas dapat menghadiri seminar intensif jutawan industri, banyak sangat ilmu2 praktikal yang saya dapat dan sekarang tengah aplikasikan dalam business kami..Saya yakin kehidupan saya akan berubah dan busines family ini akan meletup-letup tidak lama lagi..doakan kami ye..
Dulu rasa malu, bila orang tanya nak kerja apa lepas ini?? Malu sangat dan tidak yakin nak cakap saya 'tak nak kerja tapi nak buat busines"..cakap jelah kalau ada rezeki, kejelah.. Sepatutnya kenelah yakin dan bangga bagitahu nak berniaga..Itu kan sunnah rasulullah..Jom sambil2 tu kita berselawat pada nabi Muhammad SAW. Kadang2 orang cakap juga, kenapa belajar tinggi2 tapi tak nak kerja..P.cik dan m.cik2 tak tahu zaman sekarang sangat payah untuk dapatkan kerja, kadang2 lari bidang plak tu..
Tapi sekarang, rasa malu nak istiharkan saya dah ada ijazah..sebab apa yang saya ada sekarang hanya sehelai sijil ijazah..kalau direntukkan akan jadi sampah je ijazah tu..Moral of the story, janganlah kita berbangga dengan apa yang kita ada..Jom kita fikir2kan apa yang kita hendak sumbangkan kepada ummah di luar sana sebagai bekalan di akhirat nanti..Orang yang Berjaya, adalah orang yang menambah nilai pada orang lain, bukan orang yang suka menilai orang lain..
Terima kasih selagi lagi sebab sudi membaca luahan hati dan saya memohon maaf jika ada sesiapa yang terasa..memang tiada niat untuk kenekan seseiapa..siapa yang ada akaun facebook boleh lah kita berkawan https://www.facebook.com/nor.fadilah.18..
oklah kita jumpa lagi akan dating.^_^
Friday, 4 October 2013
20% ilmu digunakan masa kerja, lagi 80% nak simpan mana??
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Islam sampai ke Asia melalui hubungan dagang pedagang-pedagang zaman dahulu..Jadi maksud di sini, sambil-sambil kita berniaga kita boleh sebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat sama ada berkaitan dengan bisnes kita atau maklumat terkini, boleh berdakwah dan pelbagai aktiviti kita boleh teruskan..Itulah kemanisan berniaga.
Selepas mengikuti seminar Dr Azizan Osman, Intensif Jutawan Industri (IJI), baru saya sedar banyak manfaat jike kita berniaga sendiri berbanding bekerja dengan orang. Saya rasa semua muslim tahu 9/10 rezeki daripada perniagaan.Tapi mendapatkan keuntungan semata-mata bukanlah matlamat terbaik dalam perniagaan. Sebenarnya banyak lagi misi yang tersirat yang perlu kita lakukan.
Pada 28 Oktober 2013, merupakan tarikh saya konvo di UPM..Rasa tidak sabar menanti saat itu, sebab setelah empat tahun berhempas pulas belajar perniagaan, walau bagaimanapun saya rasa tidak bermakna ijazah itu..Yelah, malu kot kalo kita sudah mengistiharkan pada kawan2, tak nak kerja lepas habis study nie, tapi nak berniaga terus..Nak xnak kene teruskanlah niat di hati tu..
Kadang-kadang bila berbual dengan mak, ada juga kongsi niat di hati.
Saya: Mak, angah rasa lepas habis belajar xnak kejelah, nak wat bisnes terus..
Mak: Kejelah dulu, kumpul duit, cari pengalaman..pas tu br berniaga..
Itulah jawapan mak saya bila cakap pasal tu, biasalah sape yg xnak menang kalo bercakap, kdng2 sampai mak merajuk bila sy bgtau dh tekad xnak keje n blablabla..
Maafkn angah mak, angah bukan sengaja nak lukakan hati mak, tapi inilah hakikatnya zaman sekrang memang susah nak cari kerja..daripada pengalaman sepupu dan kawan2, ramai yang bekerja tapi lari bidang dengan apa yang diorang belajar..saya rasa tiada guna juga, belajar tinggi2 untuk dapatkan ilmu tapi xamalkan ilmu itu..rugi sangat2, lagi pun daripada info yg sy tahu, di tempat kerja hanya 20% sahaja ilmu yg kita guna semasa belajar, so lagi 80% ilmu nak wat apa kn??
Inilah masanya, gunakan ilmu-ilmu di dada yang bertahun-tahun kita belajar untuk membuat perniagaan..Sebagai contoh, jika anda mengambil bidang farmasi, bolehlah buka kedai ubat atau farmasi di luar sana..Kita juga boleh gunakan kelebihan dalam diri masing-masing untuk memberi manfaat kepada masyarakat..Jangan terlalu mengharapkan kerja, sebab zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu..Dulu keje yang cari kita, belum habis belajar lagi kerja sudah menanti, tapi sekarang.....anda fikir-fikirkanlah sendiri. Sesiapa yang mengambil jurusan perniagaan tu, teruskanlah berniaga, saya yakin anda ada passion dan kelebihan yang sangat hebat, keluarkanlah singa dalam diri anda!!! Tak kan nak simpan je..bagi peluang sesiapa yang tidak ada ilmu bisnes untuk bekerja..
Kalau bukan kita yang memulakan dahulu, siapa lagi..Kukuhkanlah ekonomi diri, keluarga dan ummah dengan berniaga..Sabda RAsulullah SAW " Sebaik-baik usaha untuk mendapat rezeki adalah bekerja dengan tangan sendiri (iaitu menjadi usahawan) sumber buku magnet kekayaan & kejayaan Dr azizan Osman.
Kepakaran saya ialah berkongsi cara-cara bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan mudah, cepat bagaikan roket tanpa berfikir panjang bisnes apa yang hendak dibuat dengan modal yang rendah. Sila SMS @ hubungi saya di talian 013-3735790 untuk maklumat lanjut, atau boleh layari facebook https://www.facebook.com/nor.fadilah.18 dan facebook pages https://www.facebook.com/PutuMayamKeluargaPmk
Anda kaya dan Berjaya, jumpa lagi akan datang insha Allah..kalau berbisnes tidaklah terkeluar belon warna-warni seperti di bawah ini..^_^

Tuesday, 1 October 2013
Apa kes, ambil jurusan Perniagaan, tapi makan gaji
Dalam kehidupan ini banyak cabarannya, tetapi itu semua untuk menguatkan hati hambanya dan Allah tidak akan menguji seseorang di luar batas kemampuan seseorang..Patutkah manusia menyangka mereka dibiarkan dengan hanya berkata, kami beriman sedangkan mereka tidak diuji??
Semasa kehidupan di universiti, pengalaman pahit dan manis pasti ada..Alhamdulilah mendapat pinjaman ptptn, terima kasih banyak kepada ptptn kerana tanpamu mungkin aku tidak dapat menyambung pelajaran..Tetapi dalam tempoh 4 bulan, setelah ditolak yuran pembelajaran, kolej dan sebagainya, masih tidak mengcukupi.Bila akhir semester sahaja, hanya mi maggi menjadi santapan. Itu baru kehidupan tahun pertama. Sejak itu aku membuat keputusan untuk berbisnes bagi menambah duit poket..
Bisnes pertama yang aku buat ialah menjual topup, oklah dapatlah topup percuma hasil keuntungan..Apa-apa pun bersyukurlah daripada tidak ada kan..Kemudian ada jugalah tolong sepupu jual minyak wangi, baju, kek, coklat di kolej-kolej..Tetapi keuntungan kurang memuaskan..Bila menjual makanan, dan diletakkan di blok-blok ada sahaja duit yang tidak cukup, tak taulah manusia atau binatang yang ambil duit tu..Kadang-kadang kucing dan tupai suka ambil dan gigit makanan tu, sabar jelah..
Kehidupan saya berubah pada tahun ke 3, apabila tetiba kawan ajak buat bisnes online dan pendidikan, itulah first time gunakan modal yang besar..Siapa lagi, abahlah jadi mangsa along saya dan berjanji untuk pulang kembali selepas dapat keuntungan, Setelah join, barulah saya tahu ini adalah bisnes MLM..walaup bagaimanapun, pelan pemasarannya adalah patuh syariah..Saya sangat seronok buat bisnes ini sebab kita lakukan secara jemaah..
Satu family saya ajak untuk masuk, mak dan abah juga saya bawa untuk tahu lebih lanjut mengenai bisnes ini.. Alhamdulilah mereka support dan diorang juga bersama2 join bisnes ini.Cabaran semua tu memang adalah, dalam usaha berkongsi kepada kawan2. Tetapi itu semua lagi menguatkan semangat saya dan rakan2 supaya tidak mudah berputus asa.Sangat banyak yang saya belajar daripada bisnes ini, cara marketing, cara approach prospek dan macam-macam lagi.
Pada suatu hari semasa dalam satu seminar perkongsian, speaker atau rakan saya sendiri telah mengubah pendirian saya untuk terus melakukan bisnes..1 ayat yang keluar daripada mulutnya yang buat saya sentap ialah
' Apa kes, ambil jurusan Perniagaan, tapi makan gaji!!!"
Daripada saat itu saya bertekad dan berazam untuk tidak bekerja dan hendak meneruskan berbisnes walaupun selepas tamat belajar. Terima kasih kepada Allah kerana sedarkan saya sebelum terlambat..Betul sangatlah apa kata-kata kawan saya itu, malulah kalau kita belajar perniagaan tapi tak buat perniagaan.Ilmu yang ada di dada perlu digunakan bukan disimpan. Alangkah seronoknya jika kita dapat sediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang mengganggur. Di Malaysia pun isu penggangguran sangat kritikal. Kalau bukan kita yang memulakan siapa lagi, saya doakan anda kaya dan Berjaya..Saya rasa sampai sini dululah, nanti saya sambung story saya ini pada hari seterusnya..inshaALLAh. Untuk mendapatkan tip-tip perniagaan dengan percuma sila friends https://www.facebook.com/nor.fadilah.18 dan fb pages https://www.facebook.com/PutuMayamKeluargaPmk
Kita Hanya Manusia Biasa..
*Walaupun kita kuat, kita masih lemah kerana kita tidak mampu menahan hujan dari turun.
*Walaupun kita pandai, kita masih bodoh kerana kita tidak mampu mengubah perjalanan matahari.
*Walaupun kita cekap, kita masih lalai kerana kita tidak mampu lari dari melakukan kesilapan.
*walaupun kita cantik, kita masih hodoh kerana kadang-kala badan kita masih berbau.
*Walaupun ki...ta menang, kita masih tewas kerana kita akan mati suatu hari nanti. *Walaupun kita kaya, kita masih miskin kerana kita tidsk mampu memiliki segala- galanya. *Kita hanya manusia biasa hidup penuh dengan kesilapan dan dosa. *Kita hanya manusia biasa, hidup menumpang di bumi tuhan yang esa. *Adalah Allah yang memiliki segala- galanya. *Biar sejahat mana pun kita, selagi aa hayat selagi itulah masih ada waktu untuk kembali ke jalan Allah.

Monday, 30 September 2013
Tiada yang kebetulan, apa yang kita buat semuanya gerakan hati oleh ALLAH..:)
Kehidupan daripada kecil seperti kanak-kanak biasa, lahir di keluarga yang sederhana. Masuk sekolah menengah selepas PMR dengan secara tidak sengaja telah mendaftar ke sekolah teknik di Johor bharu..Memang tak terfikir pun hendak berpindah sekolah, tiba-tiba digerakkan hati untuk memohon sekolah teknik mengambil akaun..Maklumlah sains memang lemah kn..Masa di tingkatan lima, lagi sekali secara tidak sengaja telah membeli no pin untuk apply ke matrikulasi. Tidak terfikir pun akan dapat, sebab sy nie biasa-biasa je dalam pelajaran..orang kata kolej matrikulasi kan susah untuk orang yang pandai-pandai je, dapatlah course akaun juga..
Alhamdulilah, walaupun dengan sedikit kesusahan dengan subjek yang mencabar dapat juga mengharungi dengan jayanya, selepas tu kehidupan diteruskan di universiti. Di sana saja nak switch ambil subjek perniagaan, sebab rasa tidak mampu dengan subjek akaun yang sangat menguji minda..
Dalam story saya ini, pengajarannya tiada apa yang kebetulan dalam dunia ini..Stiap perbuatan kita dan gerakan hati, Allah sahaja yang mengerakkan..Gugurnya sehelai daun di muka bumi ini juga suruhan daripada-Nya..Terimalah dengan hati yang terbuka, keputusan yang ditulis oleh Allah untuk hamba-Nya. kerana Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita.Ok lah kalau ada umur yang panjang kita berjumpa lagi ^_^
https://www.facebook.com/aa

Subscribe to:
Posts (Atom)