Tuesday, 1 October 2013

Apa kes, ambil jurusan Perniagaan, tapi makan gaji

Dalam kehidupan ini banyak  cabarannya, tetapi itu semua untuk menguatkan hati hambanya dan Allah tidak akan menguji seseorang di luar batas kemampuan seseorang..Patutkah manusia menyangka mereka dibiarkan dengan hanya berkata, kami beriman sedangkan mereka tidak diuji??

 

Semasa kehidupan di universiti, pengalaman pahit dan manis pasti ada..Alhamdulilah mendapat pinjaman ptptn, terima kasih banyak kepada ptptn kerana tanpamu mungkin aku tidak dapat menyambung pelajaran..Tetapi dalam tempoh 4 bulan, setelah ditolak yuran pembelajaran, kolej dan sebagainya, masih tidak mengcukupi.Bila akhir semester sahaja, hanya mi maggi menjadi santapan. Itu baru kehidupan tahun pertama. Sejak itu aku membuat keputusan untuk berbisnes  bagi menambah duit poket..

Bisnes pertama yang aku buat ialah menjual topup, oklah dapatlah topup percuma hasil keuntungan..Apa-apa pun  bersyukurlah daripada tidak ada kan..Kemudian ada jugalah tolong sepupu jual minyak wangi, baju, kek, coklat di kolej-kolej..Tetapi keuntungan kurang memuaskan..Bila menjual makanan, dan diletakkan di blok-blok ada sahaja duit yang tidak cukup, tak taulah manusia atau binatang yang ambil duit tu..Kadang-kadang kucing dan tupai suka ambil dan gigit makanan tu, sabar jelah..

 

Kehidupan saya berubah pada tahun ke 3, apabila tetiba kawan ajak buat bisnes online dan pendidikan, itulah first time gunakan modal yang besar..Siapa lagi, abahlah jadi mangsa along saya dan berjanji untuk pulang kembali selepas dapat keuntungan, Setelah join, barulah saya tahu ini adalah bisnes MLM..walaup bagaimanapun, pelan pemasarannya adalah patuh syariah..Saya sangat seronok buat bisnes ini sebab kita lakukan secara jemaah..

Satu family saya ajak untuk masuk, mak dan abah juga saya bawa untuk tahu lebih lanjut mengenai bisnes ini.. Alhamdulilah mereka support dan diorang juga bersama2 join bisnes ini.Cabaran semua tu memang adalah, dalam usaha berkongsi kepada kawan2. Tetapi itu semua lagi menguatkan semangat saya dan rakan2 supaya tidak mudah berputus asa.Sangat banyak yang saya belajar daripada bisnes ini, cara marketing, cara approach prospek dan macam-macam lagi.

 

Pada suatu hari semasa  dalam satu seminar perkongsian, speaker atau rakan saya sendiri telah mengubah pendirian saya untuk terus melakukan bisnes..1 ayat yang keluar daripada mulutnya yang buat saya sentap ialah

' Apa kes, ambil jurusan Perniagaan, tapi makan gaji!!!"

Daripada saat itu saya bertekad dan berazam untuk tidak bekerja dan hendak meneruskan berbisnes walaupun selepas tamat belajar. Terima kasih kepada Allah kerana sedarkan saya sebelum terlambat..Betul sangatlah apa kata-kata kawan saya itu, malulah kalau kita belajar perniagaan tapi tak buat perniagaan.Ilmu yang ada di dada perlu digunakan bukan disimpan. Alangkah seronoknya jika kita dapat sediakan peluang pekerjaan kepada graduan  yang mengganggur. Di Malaysia pun isu penggangguran sangat kritikal. Kalau bukan kita yang memulakan siapa lagi, saya doakan anda kaya dan Berjaya..Saya rasa sampai sini dululah, nanti saya sambung story saya ini pada hari seterusnya..inshaALLAh. Untuk mendapatkan tip-tip perniagaan dengan percuma sila friends https://www.facebook.com/nor.fadilah.18 dan fb pages https://www.facebook.com/PutuMayamKeluargaPmk

No comments:

Post a Comment