Monday, 14 October 2013

Respi Putu Mayam Percuma

Bahan-bahan:
1) Tepung beras
2) Garam
3) Air jarang dan air suam
4) Kelapa yang telah diparut
5) Gula melaka atau gula perang

Peralatan:
1) Pencetak putu mayam
2) Periuk kukus
3) Mesin adun(kalau tiada guna tangan je)
4) Penapis
Di bawah nie ada peralatan2 yang diperlukan, tapi gambar pengadun tak ada pula, lupa nak snap..sory2..anda boleh guna pencetak yang selesa dengan anda, ada pencetak kayu,plastik atau lain2 yang boleh jadi bentuk putu mayam..



Senang sahaja kan untuk dapatkan bahan dan peralatan nie, saya rasa semua bahan-bahan nie sudah ada di rumah anda semua..

Jom teruskan dengan:-

Langkah pertama:
Gaulkan tepung beras dan air jarang (tidak panas dan sejuk)..
1 bungkus tepung =500 gram+ air 100ml


Inilah jadinya bila tepung sudah bercampur dengan air, tepungnya berketul2 kecil..

Langkah kedua:
Ayak tepung yang telah dicampurkan air tadi sebab ia berketul-ketul..


Langkah ketiga:
Kukus tepung yang telah dicampur air tadi sehingga ia masak..Nak tahu dah masak belum, guna sudu rasa tepung tu, kalau rasa dah keras sikit dan tak lerai macam sebelum dikukus, masaklah tu..dalam 10 minit lah.



Langkah keempat:
Tunggu tepung tu jadi suam atau sejuk sikit, campurkan dengan air suam + garam secukup rasa dan adun sampai jadi doh..kalau keras tambah air sampai jadi lembut.lebih kurang macam tepung nak buat karipap atau donat, jangan terlalu keras nanti penat nak cetak..


Langkah kelima:
Cetak tepung tadi dengan pencetak putu mayam di dalam periuk kukus, kemudian kukuslah sehingga masak..dalam 10-15 minit..

Siap untuk dimakan..:)
Selain gula, putu mayam nie boleh dimakan dengan pelbagai lauk, seperti kari, gula durian dan sebagainya..
Ia juga boleh digantikan dengan nasi, siapa yang nak diet, tak nak makan nasi kan..

Inilah hasilnya:-





1 comment:

  1. Resepi yg sempurna. Sblm sy baca blog ni pun sy dah buat cara sama mcm ni.

    ReplyDelete