Monday, 30 September 2013

Tiada yang kebetulan, apa yang kita buat semuanya gerakan hati oleh ALLAH..:)

 Kehidupan daripada kecil seperti kanak-kanak biasa, lahir di keluarga yang sederhana. Masuk sekolah menengah selepas PMR dengan secara tidak sengaja telah mendaftar ke sekolah teknik di Johor bharu..Memang tak terfikir pun hendak berpindah sekolah, tiba-tiba digerakkan hati untuk memohon sekolah teknik mengambil akaun..Maklumlah sains memang lemah kn..Masa di tingkatan lima, lagi sekali secara tidak sengaja telah membeli no pin untuk apply ke matrikulasi. Tidak terfikir pun akan dapat, sebab sy nie biasa-biasa je dalam pelajaran..orang kata kolej matrikulasi kan susah untuk orang yang pandai-pandai je, dapatlah course akaun juga..

Alhamdulilah, walaupun dengan  sedikit  kesusahan dengan subjek yang mencabar dapat juga mengharungi dengan jayanya, selepas tu kehidupan diteruskan di universiti. Di sana saja nak switch ambil subjek perniagaan, sebab rasa tidak mampu dengan subjek akaun yang sangat menguji minda..

Dalam story saya ini, pengajarannya tiada apa yang kebetulan dalam dunia ini..Stiap perbuatan kita dan gerakan hati,  Allah sahaja yang mengerakkan..Gugurnya sehelai daun di muka bumi ini juga suruhan daripada-Nya..Terimalah dengan hati yang terbuka, keputusan yang ditulis oleh Allah untuk hamba-Nya. kerana Allah lebih tahu mana yang  terbaik untuk kita.Ok lah kalau ada umur yang panjang kita berjumpa lagi ^_^

https://www.facebook.com/aa

No comments:

Post a Comment